mr. BUBU

mr. BUBU
~~~~~~~~ mista BUBU ~~~~~~~~

gracias =^0^=

demi masa........

Tuesday, December 24, 2013

SnoW CHeEse cAke !

Assalammualaikum W.B.T.....

alohaiii....ntah sempat k tak sempat, nak siapkan post ni...
mata dah nak katup niee...aiyyoo!

letih, seharian buat kek (actually, first time buat kek)...

nasebla... 1st bake tak jadi...gara2 oven buat hal, api atas tetiba mati...
then, bukakla pintu, nak nyalakan semula api,
oksigen lintang pukang lari keluaq,
apa lagi, bantat la...


 ghupa gini daaa....frust siott
(bantat-bantat pown laku jugek...keh3)



hat ni??
amacam??baru cunn!!keke
2nd bake... selamat ada lagi bahan2 lebih..

berminat???
lets!!
 .........................................................................................................................
Bahan2x utama:
 

  • 6 pcs slice cheese
  • 250 ml susu segar
  • 100 g butter
  • 100 g gula castor
  • 20 g tepung 'self raising' + 90 g tepung superfine (diayak)
  • 6 biji telur ( jangan tiru gambaq, x taw sapa curi lagi 2 time snap ni..keh3)
  • 1 sudu teh esen vanila 



Bahan2x topping (CREAM CHEESE FILLING):

  • 250 g cream cheese
  • 80 g gula icing
  • 1/4 sudu teh garam halus
  • 50 g UHT whipping cream - diputaq dulu naa...

Tambahan:
  • 1/2 ketul keju cheddar kraf

 Cara2x membuat: 

1. Kecik-kecikkan slice cheese dan masukkan ke dalam periuk bersama susu segar. Kacau sehingga cheese cair dan masukkan butter. setelah butter cair, matikan api ( tak payah tunggu sampai mendidih) 


2. Asingkan putih telur dan kuning telur (part paling menyiksa jiwa raga cheq)... ingat, putih teloq, tak mau ada sikit pun kuning teloq naa!! -----> Pukul putih telur dan gula sampai jadi mereng (meringue ---> bertanduk, bila diterbalikkan pun tak jatuh naa)


 inilah mereng...erk!!

3. Pukul kuning telur dan esen vanila 1-2 minit dengan kelajuan sederhana

4. Masukkan  adunan (1.) campuran slice cheese + susu segar + butter td ke dlm adunan kuning telur (3.). Kacau menggunakan whisk (pemukul telur)


5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, kacau sebati.


6. Ambil 1/3 daripada adunan putih telur (2.) dan kaup balikkan ke dalam adunan (3.)+(4.)+(5.) td... Masukkan baki adunan putih telur dan kaup balik sebati sehingga habis adunan putih telur

 kaedah kaup balik : satu kaedah untuk menyatukan adunan secara slow, satu arah sahaja ( terbaik, guna sudip kayu kacau dengan buat bulatan ikut arah pusingan jam) sampai sebati...

 7. Griss loyang dengan butter dan ratakan tepung supaya adunan x melekat ketika membakar (opt: cheq guna tracing paper ja)

8. Tuang adunan dan bakar secara waterbath (loyang adunan di dalam loyang yg berisi air panas = 2 loyang)

9. Bakar  dengan suhu 160 darjah api atas dan bawah selama 50-60 min (depend tahap kepanasan oven kat rumah)

 

10. Keluarkan dan sejukkan kek. Potong tengah 2 bahagian



Topping:

  1. Pukul cream cheese + gula icing + garam sehingga sebati
  2. Masukkan whipping cream yang telah diputaq dan gaul sehingga rata
  3. Hiaskan kek dengan cream cheese filling (1.) + (2.). Parut keju cheddar kraf atas kek sebanyak mana nak feeling bersnow atas kek mu..kiki
  4. Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan..

 tadaa!!!

 Bila amm....Dapat rasa cheese cayaq dalam mulut....hehehe


cheese mengalir!!


..................................................................................................................................................................................................................................................................

even lepas mandi selama 1 jam, satu badan still bau cheese..aigoooo!! 

tidoq berbantalkan cheese ini malam =^0^=


1 comment: