hurm..apa yg berbakat???bakat nyanyi kah???buat magic kah???menari kah???hahaha..x dakla..aku juz nak kongsi story yg aku wat snirik utk assgment psychology ms sem 1 dulu...2 bedtime story (bley dikatakan la)...crita kanak2 (1 vs malay, 1 vs english)...bukan senang nk wat tuh...poning jgakla nk pikiaq...kna control bilangan words lagik..nak kna ada pengajaran..n apa yg pnting bleh menarik minat pmbaca kanak2..dah ar yg jd juri tuh anak2 lecturer yg bg assgment tuh..DR. AFFRIZAL, sapa yg x igt dia lau dah blajaq ngn dia...klas x pnah boring..gelak memanjang...hahaha...tp, bila mai exam ...haru jgakla nak bc n mnjawabnya..susah gla...berbalik pd crita assgment, sekbek jgakla ada yg sudi bg idea kat aku...makaseh kpd hanum yg bg idea n yoke n syimir yg tlg perbetoi grammar n ayat yg tunggang langgang tue..huhu...selamat mmbaca....n lau bleh, komen la sejenak...hehe....
SALLY


Sally ialah seorang kanak-kanak yang baru berusia 5 tahun. Dia mempunyai wajah yang sangat comel. Di pinggir sebuah hutan, Sally tinggal bersama datuknya di sebuah rumah yang sangat besar. Ini adalah kerana datuknya yang seorang ahli sains itu tidak mahu kerja-kerjanya diganggu dan memilih untuk tinggal jauh daripada orang ramai. Datuknya, James sangat sibuk dengan kajiannya setiap hari. Dia menggunakan makmal khas yang berada di dalam rumah mereka untuk menjalankan kajiannya.
Sally mempunyai kebijaksanaan yang luar biasa. Dia boleh menyelesaikan apa sahaja bentuk soalan yang diberi oleh James untuk mengujinya dengan mudah dan tepat. Selain itu, dia juga sangat matang daripada segi perwatakannya. Dia tidak seperti kanak-kanak lain yang suka bermain. Sally lebih selesa tinggal di rumah dan membaca. Namun, hanya satu sifat yang ada pada kanak-kanak lain yang dimiliki Sally. Dia amat tertarik pada gula-gula dan coklat yang tidak pernah dicubanya seumur hidup.
Sally sangat sayang akan James. Namun begitu, tanpa Sally sedar, dia merupakan salah satu bahan kajian datuknya. Sewaktu dia berumur 2 tahun, James telah memasukkan sekeping cip yang mengandungi jutaan data yang telah dikumpulnya daripada otak 99 orang cerdik pandai yang sudah dewasa ke dalam otak Sally. Ini menjadikan Sally aset terpenting James dalam mengejar impiannya untuk memperolehi sekurang-kurangnya sebuah hadiah nobel.
Sally tidak pernah merungut walaupun dia dapat merasakan datuknya seperti tidak menyayanginya. Hanya James yang berada di sisinya selama ini. James pernah memberitahunya bahawa ibu dan bapanya telah meninggal dunia kerana gula-gula dan coklat. Sally berasa pelik dengan sebab kematian itu tetapi membiarkan sahaja kerana bimbang James akan bersedih mengenang peristiwa itu kembali.
Sehinggalah pada suatu hari…
Sally yang sedang berada di depan pintu makmal James sedikit tersentak apabila terdengar perbualan James dengan seseorang melalui telefon.
“Projek aku pada kali ini bergantung sepenuhnya kepada si Sally itu. Aku pasti tidak akan gagal lagi”. James diam sebentar memberi peluang rakannya bersuara dan berkata lagi, “Sally kepunyaan aku. Dia tidak tahu yang ibu bapanya masih hidup kerana aku telah menipunya. Hahaha”, kata-kata James yang berselang-selikan tawanya mampu menjengkelkan sesiapa yang mendengarnya.
Sally yang mendengar kata-kata itu terus berlari meninggalkan rumah besar itu dengan perasaan yang tidak menentu. Dia berjalan tanpa arah tuju sehinggalah tiba di sebuah bandar. Sally yang berasa sangat letih dan dahaga mencuba nasibnya di sebuah kedai runcit. Di kedai itu, Sally mendapati banyak coklat dan gula-gula untuk dijual.Sally tertarik pada satu jenama coklat dan gula-gula yang dinamakan seperti namanya iaitu, “Sally”. Sally mahu mencuba rasa gula-gula itu, tetapi dia tidak mempunyai wang.
Sedang Sally mengamati gula-gula dan coklat itu, dia terpandang pada satu iklan yang bertulis;
“Yang terbaik daripada SALLY. Semua dijemput hadir ke hari terbuka KILANG SI MANIS SALLY pada hari Isnin ini. Datanglah beramai-ramai”.
Pada iklan itu juga terdapat peta kedudukan kilang tersebut. Sally berasa dia tidak seharusnya melepaskan peluang keemasan itu. Dalam fikirannya, sudah pasti dia akan diberi banyak gula-gula dan coklat secara percuma. Kebetulan hari itu adalah hari yang dimaksudkan pada iklan yang dibacanya sebentar tadi. Tanpa berlengah lagi, Sally berjalan lagi menuju ke arah yang ditunjukkan peta itu.
Setelah jauh berjalan, Sally tiba di perkarangan sebuah kilang yang sangat besar. Pada pintu gerbangnya tertulis, “Kilang Si Manis Sally”. Sally berasa sangat lega setelah mengetahui yang dia berjaya sampai ke destinasi yang ingin ditujunya. Namun, Sally agak kehairanan kerana tiada seorang pun yang berada di situ sedangkan jemputan tersebut ditujukan untuk orang ramai.
“Mungkin aku seorang sahaja yang perasan akan jemputan ni”, fikir Sally. Sally terus menuju ke arah pintu utama kilang itu. Oleh sebab pintu itu sedikit terbuka, Sally berjaya memboloskan dirinya ke dalam kilang tersebut. Pemandangan di dalam kilang itu sangat berbeza daripada apa yang difikirkannya.
Hampir separuh bahagian kilang itu diliputi oleh sebatang sungai coklat yang bercabang dua. Cabang pertama mengalirkan coklat yang berwarna kuning keemasan manakala cabang kedua mengalirkan coklat yang berwarna putih. Pada bahagian lain terdapat pelbagai jenis tanaman seperti strawberi, mangga, dan oren. Di sebelah bahagian tersebut terdapat bahan perasa yang mempunyai pelbagai warna yang menarik. Sally percaya bahawa bahan-bahan perasa itu adalah hasil buah-buahan tadi yang telah diproses. Sally sangat kagum dengan apa yang dilihatnya pada waktu itu.
Tiba-tiba, Sally terdengar derapan kaki yang sedang menghampirinya dari arah belakang. Tanpa Sally sempat bertindak, seseorang telah memeluknya dengan erat sambil berkata, “sayang, ibu sangat merinduimu”. Sally terkejut mendengar kata-kata itu daripada perempuan tersebut. Namun, dia percaya akan kebenaran kata-kata itu. Sally terus menghadap ke arah perempuan itu dan bertanya, “mana ayah?”. Mendengar pertanyaan itu keluar daripada mulut Sally, perempuan itu menangis kegembiraan kerana Sally telah mengakuinya dan suaminya sebagai ibu bapanya. Terdengar pula suara seorang lelaki, “ayah di sini, sayang”. Lelaki itu menghampirinya dan memeluknya. Sally turut membalas pelukan mereka.
Di rumah yang sepi, tinggal James mengenang kerugiannya. Puas dia mencari Sally di merata tempat tetapi tidak ditemuinya. Dia mula berasa sunyi tanpa cucunya yang menjadi penemannya selama ini. Kini, James sedar akan kesalahan diri. Dia sebenarnya tidak perlukan hadiah nobel tetapi cucu yang sebenarnya dikasihinya dalam diam. Dia juga sangat rindu akan anak menantunya yang didendaminya selama ini. Hanya sebab anaknya John, iaitu bapa Sally yang tidak mahu menjadi ahli sains sepertinya tetapi memilih untuk menjadi pengusaha gula-gula dan coklat, dia sanggup membuang darah dagingnya sendiri. Namun, nasi sudah menjadi bubur.
SNOW WHITE WITHOUT THE 7 DWARFS

"Someday My Prince Will Come":
He was so romantic, I could not resist.
Someday my Prince will come
Someday we'll meet again
And away to his castle we'll go
To be happy forever I know
Someday when spring is here
We'll find our loved one
And the bees will sing
And wedding bells will ring
Someday when my dreams come true
Someday my Prince will come
Someday we'll meet again
And away to his castle we'll go
To be happy forever I know
Someday when spring is here
We'll find our loved one
And the bees will sing
And wedding bells will ring
Someday when my dreams come true
Snow White, who had just sing the song smiled by herself. She thought that she has to change a few of the sentences of the song lyrics. In her mind, the lyrics could be:
He was so romantic, I could not resist
Now, my prince has come
Now, we have met again
And away to his castle we have go
To be happy forever I know
Now, spring is here
We have found our loved one
And the bees will sing
And wedding bells will ring
Now, my dreams have come true
Snow White smiled again. Only she knows how happy she was. On that day, she will be a wife to her prince, Prince Charming.
From the balcony, she looked down to have a look on her wedding ceremony preparation. From her sight, she can see many people busy in doing their work to complete the preparation. She also noticed that outside of the castle there was a beautiful garden, in which grew bright red and dark blue flowers, and blossoms like flames of fire, the fruit glittered like gold, and the leaves and stems in their yellowish-green glow. From that view, she can feel that the other lives also want to share her happiness together on that memorable day.
Actually, at that time Snow White was waiting for her friends, Doc, Happy, Bashful, Sneezy, Sleepy, Grumpy and Dopey, the 7 dwarf. She promised herself that she cannot further her wedding ceremony till she faces that 7 small bodies with her own eyes. Since 3 month she left them, she never visited them because she is very busy in doing her wedding preparation. She wishes that the 7 dwarf could come to support her since they are the only family that she has. But, the time is running and running out. The 7 dwarf haven’t show any sign to attend the ceremony. If the time can be stopped, her chest couldn’t be so pain like at that time. She love Prince Charming but she can’t put a side her friends.
There was a different situation for the 7 dwarf,
After a month Snow White had left them, there was drought on the land that they lived. The water sources become lesser as dried under the hot weather. They also cannot go out for feed because can’t fight to the sun fierce. The crops also destroyed by the drought. But, the saddest thing was when the 5 of the 7 dwarf also died among two month since the drought started, as they cannot stand in that condition anymore. The 2 left dwarfs are Doc and Grumpy.
After 2 and a half month, the climate back to normal. The poor little Doc and Grumpy decided to attend Snow White’s wedding ceremony and tell her about the sad news. They did not want to destroy Snow White happiness but they have to tell her as they promised her for not to hide any secret.
They have to walk in a long journey to arrive at Snow Ball Castle where the wedding ceremony will be held. They have to arrive there before the ceremony has been started. But, after they have passed half of the way, they saw a slice of bread on the road. Because of too hungry, they fight to each other to get the bread. Grumpy was lost and died because too weak. Doc felt so guilty on what he was doing on Grumpy but he need that bread to continue his life. Then, he eats the bread roughly. The bread that he eats is actually poisonous because has been expired in about two weeks ago. Doc also died.
In the castle..
The situation was uncontrolled. The bride was lost. Prince Charming was the most worried person in that castle. He felt so burden when he saw a note that has been written by Snow White on a mirror in her room.
I can’t be your wife till I meet Doc, Sleepy, Sneezy, Grumpy, Dopey, Bashful and Happy. I want their blesses. I’m so sorry because make you in trouble. I’ll back if we are fate.
S.W..
In the small house..
“Doc, Sleepy, Sneezy, Grumpy, Dopey, Bashful, Happy, where are you???”, shouted Snow White. But, the music of the wind that very soft and tiny was the only answer that she get. The house was so quiet without the owners. Snow White felt so sleepy and she thought that she needs to sleep for a while and waited for them.
Just after a few minutes she fall asleep, the familiar voices that sing a song was heard by her:
Heigh-Ho, Heigh-Ho, It's home from work we go.
Heigh-Ho, Heigh-Ho, Heigh-Ho, Heigh-Ho,
It's home from work we go
Heigh-Ho, Heigh-Ho, Heigh-Ho, Heigh-Ho,
It's home from work we go
“That song was always singing by the 7 dwarf every time they came back from work”, thought Snow White and wake up suddenly from the only big-sized bed in the house. “Snow White, we can’t be with you anymore. We all fine here near to God. We felt so sorry because can’t attend your wedding ceremony as promised 3 month ago. All this are fate for us. We always pray for your happiness, Snow White. We have to go now. Take care”. The sound was suddenly disappeared. Snow White felt unconscious in a sudden.
“Snow White! Snow White! Please wake up. Don’t make me like that. I love you so much and I can’t live without you. Please, honey. Wake up”.
Snow White heard that voices just after she realized from her unconsciousness. She can feel that Prince Charming has just kisses her. “Thank to God. You have wake up, my dear. I’m so surprised when I’ve met your soul in that 7 dwarf’s houses. I’m felt very sorry for the dead”. Snow White suddenly hugged and cried on her prince shoulder. At that time she saw all of the 7 dwarf smiled at her and suddenly disappeared. “ Yes, it is a fate”, thought Snow White.
Epilogue..
From the marriage, Snow White have gave birth of 7 children named; Sleepy, Doc, Sneezy, Grumpy, Happy, Dopey and Bashful and she live happily with her family until the end.
~THE END~
No comments:
Post a Comment